Berkebun Untuk Terapi Hati

Berkebun Untuk Terapi Hati

Wednesday, September 22, 2010

PELUANG PERNIAGAAN FRANCAIS 'Dr Flora'

Dalam tempoh terdekat syarikat bercadang mempelawa usahawan yang berminat menceburi bidang ini secara francais yang bernaung nama 'Dr Flora'. Dibawah fraincais ini kita dapat berpayung, membantu semasa lain dan berkongsi keseronokan berniaga bidang ini.

1. Kiosk 'Dr Flora' - Strategi perniagaan berasaskan perkebunan ini mensasarkan jualan bungaan dan alatan pekebunan untuk diusahakan secara kecilan dihalaman rumah  dikawasan  taman perumahan dan kampung.
Golongan sasaran - suri rumah, pesara dan sesiapa yang berminat dalam bidang landskap perkebunan. Ruang atau tanah yang terhad (10 kaki x 10 kaki).

2. Ladang 'Dr Flora'- usahawan yang berdaya tahan saing dipelawa menyertai bidang ini yang masih baru ini disebelah utara semenanjung. Tujuannya adalah bagi membina pasukan pembiak pokok hiasan bagi menampung permintaan industri landskap negara.
Golongan sasaran - pemilik tanah yang sesuai sekurang kurangnya 1 ekar.

Sebarang pertanyaan konsep niaga ini boleh diajukan

kasehflora@gmail.com

Kaseh Flora - kemahiran dan servis

Syarikat 'Kaseh Flora' didaftarkan pada 2009. Bertujuan menjadi pemain industri perkebunan dan landskap taman, syarikat ini mempunyai nurseri sebagai 'ground' dalam bidang ini.

PERTANYAAN / PEMBELIAN / PESANAN
Berikut kaedah yang boleh digunakan anda untuk mendapat layanan kami:
1. Anda boleh mendapatkan khidmat jual kami secara terus di Nurseri kami Taman Penaga, Penaga, Pulau Pinang.
2. Melalui pembelian /pesanan melalui blog kami. Anda digalakkan email kepada kami atas alamat kasehflora@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.* Semua jual beli melalui pos yang akan di bincangkan kelak.

* Anda boleh membuat sebarang pertanyaan pokok yang mahu dibeli dengan menaip nama pokok dan ketinggian dan sebarang maklumat berkaitan. Atau email gambar pokok bagi memudahkan lagi urusan.

KHIDMAT SEWAAN PASU
Pada masa kini syarikat kami sudah memulakan kidmat sewaan pasu untuk:
1. Sewaan bulanan -syarikat koperat, kilang, pejabat dan station minyak**
2. Sewaan harian/mingguan -Majlis keramaian, Kenduri kahwin, majlis VIP **


Harga sewaan bergantung kepada saiz pasu, tempoh sewaan, tempoh kontrak dan liabiliti (siraman)


**Pilihan pokok adalah mengikut stok yang ada .


KHIDMAT RUNDING LANDSKAP

Sehingga kini saya masih 'practice'sebagai Arkitek Lanskap bertauliah. Berpengalaman dalam bidang ini selama 10 tahun, rasanya saya ada kemahiran untuk ditawarkan kepada anda untuk rundingan.
1. Rundingan Percuma - anda boleh bertanya soalan melalui blog ini atau email kasehflora@gmail.com terhadap sebarang soalan berkenaan landskap.
2. Rundingan Profesional - syarikat koperat, jabatan kerajaan dan orang perseorangan yang memerlukan khidmat nasihat landskap profesional boleh juga menghubungi saya dengan kaedah yang sama


Pokok palma dan masjid

Didalam Al Quran sering disebut pokok tamar atau pokok berbentuk palma. Apa hebatnya pokok berbentuk palma ini. Ingat bila berlaku stunami di Aceh dahulu, seorang rakan berbangsa cina berkata kepada saya "selain masjid pokok kelapa juga tidak dibadai ombak stunami". Bijak permerhatian beliau sebagai non-muslim. Namun bagi kita sepatutnya lebih sedikit persepktif tersebut..masjid dan pokok palma ! Tahukah anda untuk membiak pokok plama anda hanya boleh menggunakan kaedah menyemai biji benih. Tiada kaedah lain - sama seperti manusia, hanya benih yang kuat sihat boleh mengeluarkan pokok! Perkara pertama benih pokok palma lakukan adalah akarnya menikam ketanah dan seterusnya batang pokok tunggal muda akan menghala kelangit (tasbih - langit dan bumi). Pokok palma ini akan terus subur dan membesar membentuk huruf 'alif' yang kuat. Huruf 'alif' inilah yang menjadi bentuk huruf pertama nama 'Alif Lam Lam Ha'-ALLAH.
Maka menjadi kepastian bagi sesebuah masjid mempunyai menara yang melambangkan huruf 'Alif' ini. Diatas puncak pokok palma akan mengeluarkan buah untuk dimakan mahupun sebagai benih yang bersih. Begitulah juga konsep menara pada masjid terdahulu untuk melaungkan Azan untuk memanggil hati yang bersih. Malang apabila baru ini terbaca artikel masjid di Putrajaya yang tiada menara. Terfikir dihati betapa kita kurang fahami Al-Quran..mungkin.
Dipadang pasir dikawasan hanya ada pokok tamar/palma. Allah mahu kita faham betapa hanya hati yang kuat dan bersih dapat bertahan. Tiada lain selain matahari dan hamparan pasir yang menyimpan air mineral tulen jauh dibawahnya.
Insyaallah,bersihkan dan ikhlaskan hati sebagai mana pokok tamar lakukan. Semua masalah dapat kita jadikan kekuatan.

Berkebun untuk terapi hati

Pernah tak anda memerhati disekitar perumahan kita. Hampir semua rumah hampir pasti mempunyai pokok dan pasu. KENAPA? Adakah kerana hobi atau kerana faktor psikologi. Pandangan saya kerana fitrah insan (faktor psikologi). Begini, sebagai orang yang beriman apa Al-Quran, kita menerima punca kita ke bumi kerana Nabi Adam a.s memakan buah dari pokok disyurga. Mahu atau pun tidak manusia sudah ditakdirkan untuk bersama pokok baik di syurga Allah, dibumi Allah dan mati insyallah ditanam pokok diatas pusara kita.
Dimana kesamaan kita dan sebatang pokok? Jawapannya banyak- pokok juga ada dipengaruhi faktor Strees dan beriman pada tuhanNya.
Apa ketidaksamaan yang pokok miliki berbanding manusia? jawapannya pokok tidak mengeluh atau berganjak, membantah atau lari dalam apa jua keadaan. Ini kerana pokok berada dalam sifat bertasbih pada TuhanNya pada setiap masa

Apa yang boleh kita belajar dari sifat ini, fikirkan! Mungkin anda terfikir pokok tidak berakal..jawapanya Betul! tetapi pokok ada kekuatan dari sifat bertasbihnya iaitu- Tuhan menganugerahkan kepadanya gerakhati dan firasat. Sebatang pokok tahu mana arah untuk mencari menjurus akarnya mencari sumber air, Juga tahu waktu terbaik membuang daun (menggugurkan) untuk bertahan musim kering. Waktu malam digunakan untuk menghadam baja, waktu siang untuk berehat, musim kering untuk berbunga dan berbuah dan banyak lagi.

Seorang wali berkata..masalah kita selalu berpunca apabila kita tidak menggunakan hati, sedangkan hati adalah tempat Tuhan bertahta. Bayangkan jika anda mampu mempunyai sifat sebatang pokok yang sentiasa mengikut fitratNya, berdiri teguh mengikut kemampuaNya dan sentiasa peka terhadap persekitaranNya.
Tentu sekali anda menjadi insan yang Yakin (beriman), Rendah Diri dan Berjaya. Punca kepada setiap masalah kita bermula dari hati yang keras dan akal dikuasai nafsu. Setiap idealogi menjadi insan terhebat,tersohor dan sebagainya adalah berlawanan dari sifat alam yang rendah diri dan patuh pada tuhanNya.

Mulai hari ini baguslah jika anda mula mendekati sebatang pokok dan berikan salam kepadanya. Fikirkan bagaimana anda boleh belajar dari sifatnya. Dan mungkin kurang bertanya bila nak berbuah atau berbunga? Jika anda pernah belajar kaedah 'Mind Map' diperkenalkan oleh Tony Buzan, dia adalah salah seorang yang berjaya mengubah gaya belajar dan menghafal melalui pengamatan berliau terhadap sebatang pokok.

Ayuh mulakan hari ini dengan mula memelihara sebatang pokok dan lihat hasilnya pada psikologi anda.

Tip membeli pokok

Faktor yang sangat penting untuk diingati apabila mencari pokok di nurseri - Pastikan pokok mesti sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Dari pengalaman saya selama mengumpul benih pokok selama beberapa tahun, biasanya pokok yang tidak sihat tidak dapat dipulihkan dengan mudah dan selalunya mati. Boleh dibandingkan dengan perumpamaan sebegini : dari 100 biji benih akan terdapat 10-20% yang akan cepat besar (sangat aktif) dan 10-20% paling lambat besar (benih tidak bagus). Sebakinya (+-)60% yang sekata dan bagus. Adalah bagus untuk ada sentiasa beringat tip ini dan jangan terpedaya dengan harga murah/ lelong pekebun.