Berkebun Untuk Terapi Hati

Berkebun Untuk Terapi Hati

Wednesday, September 22, 2010

Berkebun untuk terapi hati

Pernah tak anda memerhati disekitar perumahan kita. Hampir semua rumah hampir pasti mempunyai pokok dan pasu. KENAPA? Adakah kerana hobi atau kerana faktor psikologi. Pandangan saya kerana fitrah insan (faktor psikologi). Begini, sebagai orang yang beriman apa Al-Quran, kita menerima punca kita ke bumi kerana Nabi Adam a.s memakan buah dari pokok disyurga. Mahu atau pun tidak manusia sudah ditakdirkan untuk bersama pokok baik di syurga Allah, dibumi Allah dan mati insyallah ditanam pokok diatas pusara kita.
Dimana kesamaan kita dan sebatang pokok? Jawapannya banyak- pokok juga ada dipengaruhi faktor Strees dan beriman pada tuhanNya.
Apa ketidaksamaan yang pokok miliki berbanding manusia? jawapannya pokok tidak mengeluh atau berganjak, membantah atau lari dalam apa jua keadaan. Ini kerana pokok berada dalam sifat bertasbih pada TuhanNya pada setiap masa

Apa yang boleh kita belajar dari sifat ini, fikirkan! Mungkin anda terfikir pokok tidak berakal..jawapanya Betul! tetapi pokok ada kekuatan dari sifat bertasbihnya iaitu- Tuhan menganugerahkan kepadanya gerakhati dan firasat. Sebatang pokok tahu mana arah untuk mencari menjurus akarnya mencari sumber air, Juga tahu waktu terbaik membuang daun (menggugurkan) untuk bertahan musim kering. Waktu malam digunakan untuk menghadam baja, waktu siang untuk berehat, musim kering untuk berbunga dan berbuah dan banyak lagi.

Seorang wali berkata..masalah kita selalu berpunca apabila kita tidak menggunakan hati, sedangkan hati adalah tempat Tuhan bertahta. Bayangkan jika anda mampu mempunyai sifat sebatang pokok yang sentiasa mengikut fitratNya, berdiri teguh mengikut kemampuaNya dan sentiasa peka terhadap persekitaranNya.
Tentu sekali anda menjadi insan yang Yakin (beriman), Rendah Diri dan Berjaya. Punca kepada setiap masalah kita bermula dari hati yang keras dan akal dikuasai nafsu. Setiap idealogi menjadi insan terhebat,tersohor dan sebagainya adalah berlawanan dari sifat alam yang rendah diri dan patuh pada tuhanNya.

Mulai hari ini baguslah jika anda mula mendekati sebatang pokok dan berikan salam kepadanya. Fikirkan bagaimana anda boleh belajar dari sifatnya. Dan mungkin kurang bertanya bila nak berbuah atau berbunga? Jika anda pernah belajar kaedah 'Mind Map' diperkenalkan oleh Tony Buzan, dia adalah salah seorang yang berjaya mengubah gaya belajar dan menghafal melalui pengamatan berliau terhadap sebatang pokok.

Ayuh mulakan hari ini dengan mula memelihara sebatang pokok dan lihat hasilnya pada psikologi anda.

No comments:

Post a Comment